Tuesday, 5 April 2011

Encik Masa mengapakah????

Alahai lama betul aku x update blog aku nie ha. Al-maklum lah tersangat lah bz smpai aku pun sekarang nie dah macam x terurus dah nie. Semua ini gara-gara final exam punye pasal. Dah lah 10 hari jerk tempoh masa final exam aku. Cuti pula dalam 3 weeks sahaja. Tersangat lah tidak adil. Tidak puas kot..ape kes???
Dah lah sekarang nie every weeks mesti ade quiz or test. Otakku kejang kot. "Ya Allah tolong lah daku, permudahkan lah segala urusan ku Ya Allah"..Amin..Kepada kawan-kawan ku doakan kejayaan aku ye. Nanti time aku kat muar kita hang out ramai-ramai..yeaaahhhh!!!

Encik Masa
Aku tengok Encik Masa ini pun dah naik pening dah. Kenapa awak ni jahat sangat???ha Encik Masa??nak kene menumbuk maut kah???hahaha..apa aku melalut nie..arggghhhh...
 
~TERMENUNGKAN DIRI SEKEJAP~
 
Demi masa, manusia itu dalam kerugian. Melainkan kepada mereka yang beramal soleh dan berpesan-pesan kepda kebenaran dan kesabaran.. Itulah Firman ALLAH SWT tentang masa. Nabi Muhammad SAW sendiri pernah bersabda tentang masa :- "Ingat 5 sebelum 5, tua sebelum muda, sihat sebelum sakit, lapang sebelum sibuk, kaya sebelum miskin, dan hidup sebelum mati..

Firman Allah dan Sabda Nabi jelas menunjukkan bahawa masa amat penting dalam kehidupan seharian kita sebagai khalifah di muka bumi ini.

Dalam kehidupan seharian kita perlulah menguruskan masa supaya tidak disia-siakan. masa untuk Allah, manusia dan kerja.

So, jelas lah yang sebenarnya aku silap dengan Encik Masa nie...walaupun dia cepat berputar or berpusing tapi ada hikmah di sebalik putaran nya itu...Renung-renung kan..
 
~INSAF~











No comments:

Post a Comment