Monday 1 August 2011

Ramadhan datang lagi..

Sedar tak sedar kita sudah menempuh dua hari menyambut ibadah puasa yang penuh keberkatan daripada allah. Tapi aku berasa agak sedih kerana tidak dapat menyambutnya bersama-sama keluarga di kampung halaman. Tapi apa kan daya ibadat puasa perlu diteruskan seperti biasa. Alhamdulillah aku dapat menempuhnya dengan hati yang ikhlas serta tenang.
 Solat sunat terawih juga aku dapat sempurnakan tak kala ada beberapa ujian yang melanda ke atas diri ku. First day solat terawih aku lakukan di luar pusat islam uitm kerana bilangan students yang begitu ramai sampai terpaksa solat di luar pusat islam tersebut. Dalam masa yang sama aku dapat merasakan keindahan ciptaan allah ketika aku menunaikan solat isyak dan terawih. Terasa seperti menusuk ke dalam kalbu tak kala angin meniup-niup sayu terus ke badan ku. Alhamduliilah syukur ke atas nikmat yang diberikan oleh-Nya.

Pada hari ini aku masih ditimpa dugaan yang mendatang tak kala aku tidak sempat untuk bersahur kerana terlajak tidur. Selalunya aku akan bangun tuk bersahur kerana ingin mengikuti sunnah nabi. Pada masa yang sama aku seperti hari-hari biasa menyiapkan diri tuk pergi ke kelas di bertam. Sampai saja aku dan kamal (roomate) di bertam kami ditimpa satu lagi ujian di mana semua budak lelaki kelas kami tidak datang ke kelas angkara kelas batal. Tiba-tiba aku tersentap.

"menunggu dan terus menunggu"
 Sampai sini saja la yang aku nak share dengan kalian. Diharapkan amalan puasa kita semua diterima oleh allah. Insyaallah. Selamat Menghadapi Ibadah Puasa Semua..TQ








No comments:

Post a Comment